bird

Sabtu, 15 Ogos 2009

KERATAN AKHBAR SINAR

Pada 12hb. Ogos, 2009 akhbar sinar telah menyiarkan satu artikel mengenai konvoi Jalur Gemilang. Dan keratan tersebut menyatakan betapa pentingnya keselamatan di jalanraya terutama untuk penunggang motosikal....




Selanjutnya.....

Rabu, 12 Ogos 2009

PENUTUP

Anda saksikanlah video klip dari mula hingga akhir aturcara Konvoi Jalur Gemilang 2009....

video


Dengan adanya program seperti ini, semua pihak yang terlibat dapat merasai semangat kerjasama dengan golongan OKU yang tidak mengira pangkat dan darjat seseorang. Masyarakat perlu sedar bahawa pendedahan ini akan membuka mata seluruh dunia bahawa golongan seperti ini bukannya lemah tetapi mereka mampu berdikari. Dengan adanya nilai-nilai murni dan semangat dedikasi akan tersemat disanubari sampai bila-bila.

Akhirkata, Ejen Perubah dan Pengusaha mengucapkan syabas kepada perserta yang melaksanakan projek komuniti dengan jayanya. Terima kasih juga kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Maxis dan Warisan Global.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Sekian

Wassalam……….





Selanjutnya.....

CATATAN TERAKHIR (BHG 2)

Jamuan makan pagi bersama dif-dif terhormat
sebelum konvoi bermula.



10.00 pagi – 12.30 tengahari

Acara perasmian oleh En. Muhammad Nasir (JKMN)

dan Cikgu Jaafar (Wakil Adun Lintang)

Gambaran Sepanjang Perjalanan Konvoi

12.30 tengahari – 2.00 petang

Setelah selesai perarakan konvoi tersebut, semua yang terlibat masuk ke dewan untuk acara seterusnya iaitu penyampaian sijil kursus komputer yang telah disampaikan oleh Sub- Inspektor Muzaimil kepada para peserta komuniti yang mengikut kursus komputer pada bulan Jun.






Seterusnya acara cabutan bertuah juga dibuat dan disampaikan oleh Pegawai-Pengawai kepada ahli-ahli persatuan. Tidak ketinggalan juga Puan Jamilah selaku Ejen Perubah Kedaikom Kg. Lintang turut memberi hadiah cabutan bertuah.





Encik Nor Ismail Bin Mohd Zain dari Jabatan Kebajikan Sungai Siput amat berterima kasih kepada Kedaikom Kg. Lintang kerana memberi pendedahan yang begitu baik mengenai Celik ICT. Beliau mengalakkan pihak persatuan mengadakan aktiviti ini setiap tahun.


Sesi bergambar beramai-ramai bersama perserta komuniti dan wakil komuniti. Jamuan makan tengahari dan selesailah aktiviti konvoi jalur gemilang untuk projek komuniti Kedaikom Kg. Lintang.









Selanjutnya.....

Selasa, 11 Ogos 2009

CATATAN TERAKHIR (BHG 1)

Pada 09hb. Ogos, 2009, aktiviti konvoi jalur gemilang telah bermula. Anggaran 120 orang peserta yang mengikuti aktiviti ini termasuk ahli-ahli serta keluarga persatuan pokusk dan kumpulan rakan muda dari Belia dan Sukan.

Aturcara majlis telah dibuat seperti berikut:-

8.00 pagi – 9.00 pagi
-Sesi Pendaftaran bagi ahli-ahli Persatuan.

-Pengagihan Bendera dan mengarah ahli-ahli mengikat bendera di setiap kenderaan bermotor/kereta.

-Menanti kehadiran Dif-Dif Terhormat. Antaranya yang hadir ialah :

Sub-Inspektor Muzaimil dari Jabatan Polis Traffik Sg. Siput Utara, Perak, Wakil Adun Lintang Cikgu Jaafar, En. Muhamad Nasir b. Suratman selaku Timbalan Pengarah I, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Puan Norasihikin bt. Abd. Hamid dan En. Pusparaja Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Kangsar , Encik Nor Ismail Bin Mohd Zain pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sg. Siput Utara serta Wakil Pegawai dari Jabatan Penerangan Sg. Siput Utara.



Wartawan Sinar, Cik Nurul Zalia bt. Mohd Tahir bersama Ejen Perubah

Jurukamera

Jabatan Pertahanan Awam turut membantu untuk aktiviti konvoi ini.

9.00 pagi – 10.00 pagi

Semua hadirin/hadiran serta ahli persatuan masuk ke dewan untuk perasmian konvoi jalur gemilang.

Ucapan kata alu-aluan dari En. Azmi Ngah Idris (Naib Presiden II)


Bacaan doa dari Tn. Hj. Abdul Halim (AJK)

Majlis menjemput Naib Presiden I, En. V. Jayaram untuk memberi sepatah dua kata.


Menjemput Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perak iaitu En. Mohd. Nasir. Beliau amat kagum dan mengucapkan syabas kepada para OKU yang hadir kerana mempunyai semangat yang jitu dan memberi seribu erti mengenai nilai kemerdekaan. Beliau berharap digenerasi yang akan datang dapat memahami erti kemerdekaan di bumi Malaysia.

Menjemput Sub-Inspektor Muzaimil dari Jabatan Polis Trafik Sg. Siput. Beliau telah berkhidmat di kawasan Sungai Siput selama 2 tahun. Antara ucapan SI ialah : memberi makluman mengenai tips-tips keselamatan di jalanraya untuk laluan bermotor dan kereta semasa konvoi, memaklumkan statistik kemalangan dimana pada tahun 2009 sahaja, 12 penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalanraya. SI juga mengadakan ceramah di setiap sekolah-sekolah dan mengadakan OPS DIDIK. Statistik mendapati 55% penunggang motosikal yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah tidak mempunyai lesen memandu motosikal. Perkara ini sangat membimbangkan dan berharap setiap ibubapa harus mengambil berat mengenai hal ini.


Ucapan Wakil ADUN LINTANG, Cikgu Jaafar telah merasmikan pembukaan konvoi jalur gemilang 2009. Semua yang berada di dewan menyanyikan lagu Negaraku diikut dengan lagu jalur gemilang dan akhir sekali melaungkan MERDEKA sebanyak 7 kali.






Selanjutnya.....

MENYELAMI ERTI KEMERDEKAAN

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerdekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.


Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh. Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka.

Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.
Selanjutnya.....

Jumaat, 7 Ogos 2009

GOTONG-ROYONG/BAJET TERAKHIR

Pada 07hb. Ogos, 2009, semua ahli jawatankuasa mengadakan gotong-royong di Jabatan Hutan Sungai Siput (U). Turut dibantu 3 orang kakitangan Jabatan Hutan. Semua ahli masing-masing menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Presiden. Semangat inilah yang kita ingin sematkan disetiap sanubari setiap jiwa insan.




video





BAJET KESELURUHAN





Selanjutnya.....

Jumaat, 10 Julai 2009

CATATAN MESYUARAT 05HB. JULAI, 2009




.:.Setiausaha telah mendapat surat kelulusan dari Jabatan Perhutanan Sungai Siput untuk Konvoi Jalur Gemilang.


.:.Gotong-royong akan diadakan pada 08hb. Ogos, 2009 jam 3.00 petang bertempat di Jabatan Perhutanan Sg. Siput

Tugas setiap ahli telah dirancang pada hari tesebut. Sila lihat carta dibawah:-







Selanjutnya.....

Related Posts with Thumbnails:20